mimpi kedua…

kat rumah mak, aku yang sedang terbaring di bilik tersentak bila anak aku hannah dan nasriyah menjerit, “atok! atok!” … bingkas aku bangun keluar dan sementelah itu aku nampak kelibat berbaju biru di celah tulang pintu yang terbuka. bergegas aku menuruni tangga untuk melihat siapa yang anak aku nampak tadi. dalam hati di balik degup jantung yang keras dek kerana berlari masih memikirkan mengapa anak aku memanggil atok… di tingkat bawah akibat perubahan cahaya dari kelam ke terang benderang, aku dapat lihat susuk tubuh berdiri menunggu aku di balik silau kesiangan. dan untuk seketika bayangan susuk tersebut semakin jelas dan nampak dia melangkah ke hadapan aku yang masih termangu berdiri dan ya allah, abah rupanya! aku meluru dan terus memeluk abah erat dan aku ulang entah berapa kali, “abah, abah, abah… abah…” dan suara yang amat aku kenali dan ya, yang amat, amat aku rindui berbisik ke telinga aku tatkala kami berpeluk, “abah ada, abah ada di sini”.

ya tuhan… betapa lah aku nak sangat dengar suara abah, dan kali ini betapa jelas dan jitu segala perinci suara abah yang biasa aku dengar dulu hinggakan aku rasa seolah abah benar-benar berbisik kat aku. kami lepaskan keakraban tadi aku aku lihat wajah abah, yang mengingatkan aku akan abah 20 tahun lepas. nampak lebih muda dan ya allah, abah nampak amat ceria. mimpi apakah ini? mimpi apakah aku tadi? tersedar aku dan masih terngiang-ngiang bisikan yang amat mengesan. jam di tangan menunjukkan pukul 4 pagi dan aku terbaring di katil yang abah biasa baring dulu, isteri di sebelah lena diapit hannah dan nasriyah. kami sekeluarga bermalam di rumah mak, sempena cuti panjang hari buruh dan hari wesak. cermat aku bangkit dan melangkah ke ruang tamu lantas aku duduk di kerusi malas kegemaran abah sambil melihat tingkap; langit dinihari hampir menunjukkan warna birunya. mimpi apakah aku tadi ya allah?

menjengah ke bilik sebelah, mak pun lena bersama tiga anak lelaki aku beralaskan tilam kekabu di bawah. sebelahnya tergulung sejadah mak; lantas aku ke bilik air untuk berwuduk dan memanjangkan doa untuk abah. moga dilapangkan dan diterangkan kuburnya ya allah. moga dihimpunkan bersama-sama orang-orang yang beriman.

abah

rasa agak ironik apabila sejumlah foto yang ada pada kita setakat ini,
hanya perlu beberapa saat untuk kita tekan shutter bagi memenuhi
ruang masa berpuluh tahun untuk kita imbas kembali di masa lampau.

its ironic when a series of photos we took merely seconds to press
the shutter can throw you back thru times many, many years ago.

scan23

selepas 52 hari

xray1

kita tak akan kenal seseorang selagi kita tak tahu ‘isi hatinya’ walaupun berpuluh tahun kenal, walaupun berpuluh tahun duduk di bawah satu bumbung. justeru itu, semalam, aku ke sini semula selepas 52 hari abah pergi. segala kenangan yang berpusat di sini berumbi semula. melingkari setiap lorong, setiap selekoh; aku lakonkan semula apa yang aku buat dulu. menapak ke kedai serbaneka berdekatan dengan bahagian kecemasan, kalau dulu aku akan belikan sedikit buah, kuih atau air kopi panas untuk abah. kadang kala aku luangkan sedikit masa berdiri di situ, melihat masing-masing dengan urusan sendiri sebab aku rasa seperti orang di sini tidak punya ruang untuk memerhatikan orang lain. mungkin sebab aku berkelana berseorangan, nak menghiburkan hati jadi aku perhatikan orang yang lalu lalang di sini. tapi hiburan apa yang aku cari di sini. tempat kisah orang sakit dan tempat kisah orang pergi. dan pastinya, mereka di sini punya kisah tersendiri sebagaimana aku cuba melenyapkan diri disebalik orang lalu lalang hari itu. sampai saja di tingkat 2, wad 6A neurologi, aku melalui beberapa jururawat muda sedang berbual sesuatu, seakan berbisik. sekali lagi  aku menjadi orang asing di situ, berdiri di luar wad, melihat katil yang abah baring dulu, disebelahnya tingkap yang membuka pemandangan suburban bandar kuala lumpur. sebahagian besar kampung baru di luar sana. aku membayangkan abah masih di situ dan aku sedang berdiri di sebelahnya, berbual tentang apa saja. tapi katil tersebut kini milik orang lain, seorang lelaki india yang sebaya juga dengan abah, dengan mata layu, tangannya masih bersambung dengan tiub dripping. semuanya pesakit baru namun, perasaan rembang senjanya tetap sama memejat rasa. aku ke sini sebab ingin melihat ‘isi hati’ abah, cuba mencantum dan merungkai satu teka-teki terhadap satu perasaan yang tidak tertulis tentangnya. fail abah aku tengok sudah di atas meja, segala laporan dan filem x-ray sejak dari membuat rawatan awal tahun 2013. aku yang sudah terbiasa memproses sendiri filem hitam putih di rumah, melihat imej di bentuk di atas sekeping filem dengan grain yang kasar, dingin dan lesu amat merenggut rasa hati. namun setelah beberapa keping x-ray aku amati, persaan bertukar menjadi takjub akan keindahannya, corak dan larik yang cukup mempesonakan. satu persatu filem x-ray diletakkan di viewer. dan detak jantung semakin gusar, gelisah dan aku memohon damai dariNya; namun terus berdegup-degap.

IMG_6958

di viewer, aku amati setiap sendi. setiap laras tulang yang pernah mendukung aku, memeluk aku. inilah dia tulang empat kerat yang tak pernah lelah mencari rezeki demi keluarganya. minit demi minit berlalu dan imej x-ray menjadi semakin tajam membelah benak tatkala memikirkan ketiadaan jasad empunya imej ini. aku tahan dan tahan, perasaan yang semakin luluh, mengenangkan sahabat aku shamzul di sebelah, sengaja menjarakkan dirinya dengan aku, memberi sedikit ruang untuk aku merimbun rasa. inilah rusuk dan pinggang yang selalu aku peluk semasa membonceng naik motor atau basikal dulu. seingat aku, diantara adik beradik aku yang lain, akulah yang paling rajin ikut abah ke pasar chow kit. aku amati satu persatu hinggalah sampai ke dua keping xray yang menunjukkan musababnya dalam janji allah tentang hidup dan mati. betapa kerdilnya rasa ya tuhan, berbaur antara rasa takjub dan resah melihat kekuasaanMu terhadap hambanya. shamzul menunjukkan dua plet tulang belakang yang hampir rosak sepenuhnya, ketumbuhan di rusuk kiri dan di atas kepalanya. demi tuhan, mata yang melihat kesakitan yang ditanggung semasa hayatnya, maka di depan aku inilah puncanya. kesakitan yang amat sangat sampai menitis air mata abah menahannya. dan, berat mata memandang, berat lagi bahu yang menangggungnya; tapi abah sebagaimana dia, adalah seorang yang amat tabah dan cukup sabar.

xray2 xray3 xray4

jadi, petang itu aku berpeluang melihat ‘isi hatinya’ melalui beberapa keping filem xray MRI dan CT Scan. selepas 52 hari aku himpun kewarasan menerima kenyataan ini, belajar menjadi bodoh dan hina dengan ilmu bagai debu di hujung kuku, sesungguhnya kita ini semua milikNya dan kelupaan itu sendiri umpama kanser yang merebak ke seluruh badan. mengingatkan kita betapa kecilnya kita di mata tuhan namun kita boleh menjadi sebesar gunung pada mata orang lain. terima kasih buat sahabat aku, shamzul yang menolong memberi laluan untuk aku petang tu, moga dia dan keluarga terus berada di dalam rahmatNya. malam tu, aku tengok semula gambar-gambar lama abah, dengan sedikit kekuatan… ‘abah, segunung terima kasih kerana menjadi abah yang membentuk aku sekarang ini, semoga allah dengan limpah rahmatNya yang maha luas itu merahmatimu dan tuhan yang maha pengampun dan suka memberi keampunan, maka engkau ampunilah dia’

after 52 days part 2

xray1

we never knew someone until we know their ’inner-self’ even though you spend a lifetime together under the same roof. yesterday, i came back to this familiar place after 52 days. took a little journey of the past when spending a day with him seems took on a preternatural length. and, i hated myself for that. after all these years, you’ve waited for this for a good conversation? and yes, we had a great conversation, exceedingly connected, and i wanted to grasp that distant chatter again. trying to relive the routine again, walked on the same pavement, straight to the nearby 24 hours mart, around the corner is the emergency main entrance where you can see and witness all kind of cases coming in. back then i would buy a cup of hot coffee, some fruits or light snack with a magazine to tag along with it. and sometimes, i would stand there for a while watching people. i can see them minding their own business because i feel that they don’t have the luxury of looking at other people while they too have their own circumstances at hand. everybody have their own story here. i took the elevator to level 2, neorology ward 6A, as i passed a couple of young nurses with hummings of whispers between them. i continued walking, feeling like a stranger again until reaches the ward. as i stood outside watching that particular bed besides the window that opens the view of the suburban side of the city. i imagined he was still lying there while i was standing besides him, having some casual conversation on just about anything. but now, the bed belongs to someone else, an indian man at the same age of my father, ruddy in complexion but he was alone. unguarded eyes looking around while his hand connected with a dripping tube. well, i’m here to see his ‘inner-self’, try to understand and put together a puzzle of unwritten feelings about him. his files were already on the table, reports and x-rays from day one in 2013, i browse through each page, put up each x-ray films on the viewer. i’ve been developing black and white films in photography for many years now, seeing the coarse grain, slightly grotesque and pale images of these x-rays staggered me. later, those images started to captivated me with its luminous highlights, elaborate details and moulded beauty. this is it, as i stood still and watched in awe his ‘inner-self’ being displayed for the first time in my life.

IMG_6958

meticulously, i watched every inch of the joints, every bones that use to hold and hugged me. these were the bones who worked double or even triple shifts back then in order to raised his family without complaint. minutes elapsed as the images become very tedious. i almost, almost lost my strength looking at the x-rays, if it not because of my friend, shamzul who was standing behind me, keeping his distance from me, he probably knew this was something very personal but if its not because of him i would probably broke down in tears. these were the ribs and waist that i used to hold when riding on his bike, to the market, to the store or even just for an evening ride. then i paused. they drew me inside and i was immersed by his reflections, taking me back and forth, a glance of a little moment at the end of all. shortly, i was brought back. well, this is the cause of whats the almighty promised us, about life and death. shamzul showed me two of his lower plates were almost gone, there’s a huge lump on his right chest and inside the skull. i remembered watching him endured numberless pain, so much pain he wept. but being him, strong and full of hopes. and i shall permit our conversation to recall, grasping every tones of your voice, when in our days is like the morning sun rises between the hills.

xray3

xray4

that afternoon, i finally got to know his ‘inner-self’ through a set of MRI and CT Scan x-rays. after 52 days of trying to gather the remains of my strength, accepting how small we are in this world but we can be as big as we can in the eye of another. a huge thanks to my friend, shamzul for making it easy for me, may you and your family be in allah’s loving hand. i went back and went through his photos and videos…  ‘thank you, for being a father that made who i am today. with every bit of strength you hold, i will hold it too closely with reverent hands. may allah grants you His endless grace and forgiveness upon you’

after 52 days part 1

after 52 days

exactly as i remembered you. 6-7 years ago.

you were wearing a white collared t-shirt, not new but worn shirt with your usual kain pelikat. there you were, with your hair combed neatly, it was a breezy day as i could see your kain pelikat was swayed away by the cool wind. on a wide green field and it leads to infinity of breathtaking view. i looked up and i could see beautiful clouds, moving elegantly by the swift wind too. you were holding something in your hand, a fruit or a bread, as you were eating it along the way, i couldn’t tell because i was looking at you from afar.

i woke up just to realise it was a dream.
a dream of you.

urghhh… and i still have my fever. with blocked nose and heavy head. as i laid back and stared at nothing, yeah… i miss you abah, so much, it hurts.

come back again.

Interviewed by Dunia Kamera, a local photography magazine.

DK Ogos

naza-1

naza-2

naza-3

deru angin; usai 29 ramadhan 1434H

hari terakhir ramadhan 1434H bersamaan 7 Ogos 2013

kepenatan merebus lemang di kebun abah aku, berdepan dengan bahang api dari tempurung kelapa bercampur
kayu arang, aduh! mencabar sungguh hari terakhir ni. bernasib baik duduk di bawah rimbunan pokok,
sekali sekala angin bertiup melepaskan terik matahari di celah-celah pohon yang terselak di atas.
sambil berbaring di atas tikar yang emak hamparkan sejak pagi tadi, cahaya matahari dari celah pohon itu
menyilaukan mata yang semakin layu. sementelah itu tengok updates dari sepupu-sepupu dalam facebook dan jugak
whatsapp masing-masing; juga tengah sibuk menghadap lemang! seperti berlumba-lumba siapa yang siap dulu.
gelagat anak-anak sedikit sebanyak menggembirakan hati, wife pulak sibuk di rumah mengemas
apa yang patut ditemani anak kecil, si niyaz. nampaknya tahun nie aku dan anak-anak serta mak dengan abah jer
yang bersiap ala-kadar untuk esok. adik dengan abang aku dah balik ke kampung sebelah mertua. dan lemang ini pula dah
jadi menu wajib dalam keluarga sebagaimana hampir semua keluarga di negara, cemana pon kena buat lah jugak.
pengalaman menolong pakcik-pakcik aku semasa di kampung dulu banyak membantu. alhamdulillah…
namun kali nie ada sedikit kelainan yang meresahkan.
abah dah tak selincah dulu. umurnya membataskan kudrat namun semangatnya tetap melangit.
aku pula banyak memerhati abah pada hari terakhir ramadhan ini. dengan mata dan jugak kamera aku.
hakikatnya, abah dah banyak umur. abah hanya tersandar di kerusi memerhati api memakan saki baki kayu arang.
aku terus berbaring memerhati daun-daun meliuk lentuk di sapa angin kering terus melontar ingatan aku waktu dulu,
abahlah yang paling sibuk waktu ini. aku menjeling ke arahnya yang tersandar; ntah apa yang difikirkannya ketika ini.
ada masanya angin membawa asap ke arah aku dan ya allah! ada ketikanya aku cukup suka
dengan bau kayu terbakar ini, mengingatkan aku kat kampung!
sejurus sebelum asar, kami semua bergilir ke bilik air untuk mandi dan menyejukkan diri, sedikit sebanyak
mengekang kekeringan tekak sejak pagi tadi. abah terus ke katil dan terlelap, penat sangat agaknya.
selepas solat aku perhatikan abah tidur, dengan helaan nafas panjang dan dalam, aku akur,
hakikatnya, abah dah banyak umur. kedut kasar di tangan dan kakinya punya kisah.
uratnya mencantumkan seribu satu usaha dan kudrat yang tiada noktah dalam masanya membesarkan kami.
aku bersandar di dinding dalam rasa keresahan. emak masih di dapur melayan cucunya, aku dengan sedikit masa itu
hanya tekun meniliti setiap jengkal tubuh abah. aku terus di dodoi rasa resah dalam menerima hakikat ini.
esoknya aidilfitri, sekali lagi untuk tahun ini, abah, aku salam dengan akrab, segunung tutur tidak terucap,
namun kemasnya salam menyaksikan satu rasa yang mendakap.
ya tuhan, syukur alhamdulillah akan pertemuan ini, jadikanlah usia kami satu hikmah,
sisipkan rahmatMu seiring dengan ufuk malap nyawa kami dan
berkatilah kami yang sarat dengan hasrat ini.
aameen.
abah 1
abah 3
abah 2
abah 4