deru angin; usai 29 ramadhan 1434H

hari terakhir ramadhan 1434H bersamaan 7 Ogos 2013

kepenatan merebus lemang di kebun abah aku, berdepan dengan bahang api dari tempurung kelapa bercampur
kayu arang, aduh! mencabar sungguh hari terakhir ni. bernasib baik duduk di bawah rimbunan pokok,
sekali sekala angin bertiup melepaskan terik matahari di celah-celah pohon yang terselak di atas.
sambil berbaring di atas tikar yang emak hamparkan sejak pagi tadi, cahaya matahari dari celah pohon itu
menyilaukan mata yang semakin layu. sementelah itu tengok updates dari sepupu-sepupu dalam facebook dan jugak
whatsapp masing-masing; juga tengah sibuk menghadap lemang! seperti berlumba-lumba siapa yang siap dulu.
gelagat anak-anak sedikit sebanyak menggembirakan hati, wife pulak sibuk di rumah mengemas
apa yang patut ditemani anak kecil, si niyaz. nampaknya tahun nie aku dan anak-anak serta mak dengan abah jer
yang bersiap ala-kadar untuk esok. adik dengan abang aku dah balik ke kampung sebelah mertua. dan lemang ini pula dah
jadi menu wajib dalam keluarga sebagaimana hampir semua keluarga di negara, cemana pon kena buat lah jugak.
pengalaman menolong pakcik-pakcik aku semasa di kampung dulu banyak membantu. alhamdulillah…
namun kali nie ada sedikit kelainan yang meresahkan.
abah dah tak selincah dulu. umurnya membataskan kudrat namun semangatnya tetap melangit.
aku pula banyak memerhati abah pada hari terakhir ramadhan ini. dengan mata dan jugak kamera aku.
hakikatnya, abah dah banyak umur. abah hanya tersandar di kerusi memerhati api memakan saki baki kayu arang.
aku terus berbaring memerhati daun-daun meliuk lentuk di sapa angin kering terus melontar ingatan aku waktu dulu,
abahlah yang paling sibuk waktu ini. aku menjeling ke arahnya yang tersandar; ntah apa yang difikirkannya ketika ini.
ada masanya angin membawa asap ke arah aku dan ya allah! ada ketikanya aku cukup suka
dengan bau kayu terbakar ini, mengingatkan aku kat kampung!
sejurus sebelum asar, kami semua bergilir ke bilik air untuk mandi dan menyejukkan diri, sedikit sebanyak
mengekang kekeringan tekak sejak pagi tadi. abah terus ke katil dan terlelap, penat sangat agaknya.
selepas solat aku perhatikan abah tidur, dengan helaan nafas panjang dan dalam, aku akur,
hakikatnya, abah dah banyak umur. kedut kasar di tangan dan kakinya punya kisah.
uratnya mencantumkan seribu satu usaha dan kudrat yang tiada noktah dalam masanya membesarkan kami.
aku bersandar di dinding dalam rasa keresahan. emak masih di dapur melayan cucunya, aku dengan sedikit masa itu
hanya tekun meniliti setiap jengkal tubuh abah. aku terus di dodoi rasa resah dalam menerima hakikat ini.
esoknya aidilfitri, sekali lagi untuk tahun ini, abah, aku salam dengan akrab, segunung tutur tidak terucap,
namun kemasnya salam menyaksikan satu rasa yang mendakap.
ya tuhan, syukur alhamdulillah akan pertemuan ini, jadikanlah usia kami satu hikmah,
sisipkan rahmatMu seiring dengan ufuk malap nyawa kami dan
berkatilah kami yang sarat dengan hasrat ini.
aameen.
abah 1
abah 3
abah 2
abah 4
Advertisements

2 thoughts on “deru angin; usai 29 ramadhan 1434H

  1. Huhh…Itu yang dapat aku keluarkan dari helaan nafas sebaik membaca setiap patah ayat dalam tulisan ni. Ditambah dengan merenung serta mendalami setiap inci bingkai gambar yang dipaparkan.

    Sangat mendalam dan seakan terasa tersentuh hati ini dengan paparan kali ini. Sekadar ingin manyatakan di sini bahawa telah tiba (ke hati pembaca) akan luahan hati yang cuba disampaikan oleh penulis.

    .hari.selasa.berikutnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: